Isnin, 29 Mac 2010

lama dah tak update

salam, hari-hari yang mendatang bagai kan tak mengunggu aku yang terkial-kial keseorangan menjaga kedua-dua anak tampa en. rock disisi... kadang2 terasa sunyi...... tak mcm org lain.... hubby sentiasa berada disisi bila diperlukan. aku kadang kala terasa sedih bila mengenangkan nasib begini. dan kadang-kadang terfikir bahawasenya duit bukan lah segala-galanya.......

Isnin, 19 Oktober 2009

Aidilfitri '09


Nie gambar raya baru-baru nie...... biasa lah kan di pagi-pagi hari raya, rasanya semua family kat malaysia nie buat perkara yang sama (ambik gambar bersama family tercinta) ayu pun tak ketinggalan jugak... nak dengar 1 cerita tak???? hhihihihhihihi.... cerita malam raya (bersambung)






2 hari sebelum raya, kami sekeluarga dah balik ke kg (rembau, N9)... tapi masih gatal-gatal nak datang kl untuk shoping raya buat kali terakhir.....konon nya la. ingat kan org tak ramai, rupa-rupa nya tu dia......... ramai gila org. Ayu & en.rock(hubby) rempoh jugak lah, sebab anak-anak dah tinggal kan kat kg dulu... kira berdating di mlm raya la pulak.... jalan punya jalan sedar-sedar jam dah pukul 5.20 pagi. Tapi tengok org kat jalan TAR masih ramai lagi & bertambah-tambah ramai lagi ada la... sampai saya tanya dengan En.rock (my hubby) "yang..... org-org nie tak nak balik kg ke???? then dia jawab "dah kita pun kat sini lagi, samalah dengan dia org agak nya... " saya menjawab "jom balik yang....penat lah, lagi pun dah pukul 6.00 pagi nie..." en.rock (my hubby) terus mengangguk....

Kami tak terus pulang ke kg, tapi singgah sekejap kat rumah. Kononnya nak melepaskan penat seketika.Tiba-tiba.......... dengar bunyi phone. "kak tak nak beraya dengan anak-anak ke.... nie dah pukul 7.30 pagi nie..." emak call la.... ayu pun apa lagi mcm lipas kudung la bangun, terus mengejutkan en.rock (my hubby). En.rock (my hubby) terus capai kunci kereta ajak balik... on the way kami pulang jalan memang lengang... highway Sg. Besi tu tak de org, ye la mana tak nya semua org tengah bersiap-siap nak kemasjid bagi org lelaki dan org perempuan nya mesti tengah cibuk-cibuk dengan anak-anak masing-masing.. Kita org je yang masih kat jalan lagi nak balik ke kg..... sebalum kami sampai ke kg ada dua accident kami nampak, yang pertama tu tak berapa teruk sangat... tapi, yang kedua tu rasanya kereta owner tu total lost..... saya pun terus tegur En. Rock (my hubby) " yang... bawak kereta jangan laju-laju ye, kalau dah tak sempat nak sembahyang raya nak buat mcm mana... inshaallah tahun depan panjang umur bleh solat aidilfitri lagi..." En. Rock (my hubby cuma senyap je sambil angguk-angguk kepala)

Alhamdullillahh...... sampai jugak kat rumah mak, sampai-sampai je En.Rock (my hubby) terus capai towel, saya pun apa lagi, terus masuk bilik ambik baju melayu yang tergantung siap dengan samping & songkok sekali (baju melayu dah siap iron dekat dobi). nasib baik la anak bujang (haqeem) dah siap awal-awal, adik perempuan aku yang tolong.... si kecik (qaisara) tak bangun lagi. siap je En.Rock (my hubby) mandi, terus je ke masjid. Sambil berjalan dia berkata "nanti kita ambik pic 1 family ye yang... ayu siap kat qaisara, pakai kan baju kurung yang kita tempah tu." saya pun membalas "ok". selesai 1 perkara....

Moral of the story: jangan pi bershoping mlm raya :)

kat sini ayu ada jugak upload pic-pic masa raya dengan family





dah cantik-cantik, tido pulak.......qaisara-qaisara






abang (haqeem) pegang adik (qaisara) kuat-kuat tau....
















Minta maaf.....

Salam.... semua,
sebelum ayu meng-update lebih banyak lagi pada blog nie, ayu nak mintak maaf dulu pada kawan2 yang dah tag... kebelakangan nie ayu bz terlebih-lebih pulak... ye la mana tak nya, org yang punya baby nie, masa asyik cemburu je...... ok la... tak mau habis kan waktu kat sini, ayu nak terus meng-update blog... sudi2 lah kira nya pada kawan untuk menjengah blog ayu ye.......:)

Khamis, 10 September 2009

TAG... From Kelly

This is My 1St time buat TAG..... tiba-tiba je rasa nak pi jengah blog Kelly, ternampak pulak tersenarai nama ayu ada sekali, tq Kelly...


THE RULES ARE SIMPLE.. USE GOOGLE IMAGE TO SEARCH THE ANSWER TO THE QUESTIONS BELOW.

q.1 THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY














q.2 PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST








q.3 MY FAVOURITE FOOD






q.4 NICKNAME THAT I HAVE









q.5 MY FAVOURITE COLOUR












q.6 THE CITY I LIVE NOW













q.7 THE PLACE I WAS BORN









q.10 MY COLLEGE MAJOR








q.11 MY BAD HABIT




q.12 MY HOBBY






q.13 MY WISH




Rabu, 26 Ogos 2009

Tahukah Anda...

Bagi orang yang beriman, kehadiran Ramadan seperti menunggu isteri yang sudah lama tidak bertemu, untuk melepaskan rindu setahun sekali. Justeru, mereka mengisi kehadiran Ramadan dengan amal ibadat yang banyak berbanding bulan lain seperti solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan berzikir. Tapi, bagi sesetengah orang, Ramadan dianggap seperti bulan lain, cumanya bulan itu umat Islam berpuasa, jadi mereka pun turut berpuasa.Perbuatan berpuasa yang mereka lakukan sekadar mengikut orang lain tanpa mahu ambil tahu pahala dan keberkatan berpuasa sepanjang Ramadan. Bagi golongan ini, berpuasa adalah adat, bukan hukum sedangkan Allah mewajibkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.Kekeliruan itu menyebabkan ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat sebarang pahala puasa, sekadar letih dan dahaga.Ramadan semulia-mulia bulan, penuh kerahmatan, keberkatan dan keampunan, malah Allah memberikan ganjaran paling istimewa. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)Ramadan bulan 'festival' bagi umat Islam beramal ibadat. Di samping mengutamakan ibadat fardu, siang berpuasa, malam bersolat sunat Tarawih serta bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah dan iktikaf di masjid. Pendek kata, manifestasi keberkatan, kemuliaan dan keagungan Ramadan dirasai di setiap penjuru dunia.

"Wahai orang beriman. Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 183)Puasa adalah ibadat yang difardukan ke atas umat Islam sebagaimana umat terdahulu dan ia satu daripada Rukun Islam. Ia setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Pelaksanaan ibadat itu bukan saja menandakan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan, malah menguji keikhlasan dalam amalan. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Bagaimanapun, dalam keghairahan beribadat, sesetengah masyarakat Islam keliru di antara hukum, iman dan adat, sehingga Ramadan tidak memberikan sebarang pengertian, datang dan berlalu begitu sahaja. Pengisian sebulan Ramadan tidak meninggalkan bekas kepada mereka. Berpuasa dan beribadat tidak lebih sekadar mengikut adat masyarakat turun temurun, manakala iman dan hikmah yang ada padanya tidak dicapai.Nabi Muhammad s.a.w ada mengingatkan persoalan ini dalam sabdanya yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga. "Rugilah mereka yang berlapar dan dahaga sepanjang hari seperti yang lain, tetapi ibadat puasanya itu tidak diberikan ganjaran.
Bekas Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji, Datuk Md Daud Che' Nghah, berkata ramai masyarakat Islam di Malaysia berpuasa mengikut adat, bukannya keimanan.Buktinya, fasa pertama Ramadan mereka memenuhi masjid dan surau tetapi menjelang pertengahan bulan, ia berkurangan jemaah, sehinggalah minggu terakhir, jumlahnya amat ketara. "Hiburan pula berlebih-lebihan manakala golongan ulama hanya membiarkan senario itu. "Contoh puasa adat lagi ialah berlakunya pembaziran, sedangkan perbuatan membazir itu dilarang dan dikira amalan syaitan. "Tetapi yang kita lihat, ramai menyerbu bazar Ramadan membeli beraneka jenis juadah, sedangkan isteri di rumah menyediakan menu, tidak habis dimakan. Tidak salah bazar Ramadan kerana memudahkan orang berpuasa mendapatkan makanan tetapi bukan untuk tempat membazir,orang yang berpuasa mengikut adat tidak sabar menanti 1 Syawal untuk bergembira, malah dada menjadi lapang apabila berakhirnya Ramadan, sedangkan orang beriman menangisi pemergian Ramadan. Tetapi rakyat Malaysia masih ramai berpuasa menunggu raya. Pada akhir Ramadan, banyak berlaku kes maut kemalangan jalan raya kerana masing-masing sibuk balik kampung, seolah-olah kena mati dahulu sebelum beraya. "Mengapa berebut balik beraya, sampai masing-masing tinggalkan masjid dan surau, malah tinggal puasa. "Sepatutnya, pada akhir Ramadan, umat Islam digalakkan kerap meluangkan waktu di masjid dengan iktikaf,". Berbuka puasa pula, masih ada sesetengah yang tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w, iaitu tidak memulakan dengan tamar atau kurma, kerana adatnya dengan menu lain yang lebih enak dan mengenyangkan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka puasa dengan beberapa biji buah tamar. Jika kamu tidak mendapat buah tamar, hendaklah berbuka dengan air. "Tamar walaupun buahnya tidak setanding dengan yang lain dari segi saiz, khasiatnya dipersetujui pengkaji Timur dan Barat, malah dengan kadar magnesium yang tinggi mampu mencegah kanser.

Selasa, 25 Ogos 2009

Family ku..........


Hari Raya 2007













Love is...
© Haqeem & Qaisara - Template Edited by FARID - Font by RoCk N RoLL MalaySiA