Isnin, 19 Oktober 2009

Aidilfitri '09


Nie gambar raya baru-baru nie...... biasa lah kan di pagi-pagi hari raya, rasanya semua family kat malaysia nie buat perkara yang sama (ambik gambar bersama family tercinta) ayu pun tak ketinggalan jugak... nak dengar 1 cerita tak???? hhihihihhihihi.... cerita malam raya (bersambung)






2 hari sebelum raya, kami sekeluarga dah balik ke kg (rembau, N9)... tapi masih gatal-gatal nak datang kl untuk shoping raya buat kali terakhir.....konon nya la. ingat kan org tak ramai, rupa-rupa nya tu dia......... ramai gila org. Ayu & en.rock(hubby) rempoh jugak lah, sebab anak-anak dah tinggal kan kat kg dulu... kira berdating di mlm raya la pulak.... jalan punya jalan sedar-sedar jam dah pukul 5.20 pagi. Tapi tengok org kat jalan TAR masih ramai lagi & bertambah-tambah ramai lagi ada la... sampai saya tanya dengan En.rock (my hubby) "yang..... org-org nie tak nak balik kg ke???? then dia jawab "dah kita pun kat sini lagi, samalah dengan dia org agak nya... " saya menjawab "jom balik yang....penat lah, lagi pun dah pukul 6.00 pagi nie..." en.rock (my hubby) terus mengangguk....

Kami tak terus pulang ke kg, tapi singgah sekejap kat rumah. Kononnya nak melepaskan penat seketika.Tiba-tiba.......... dengar bunyi phone. "kak tak nak beraya dengan anak-anak ke.... nie dah pukul 7.30 pagi nie..." emak call la.... ayu pun apa lagi mcm lipas kudung la bangun, terus mengejutkan en.rock (my hubby). En.rock (my hubby) terus capai kunci kereta ajak balik... on the way kami pulang jalan memang lengang... highway Sg. Besi tu tak de org, ye la mana tak nya semua org tengah bersiap-siap nak kemasjid bagi org lelaki dan org perempuan nya mesti tengah cibuk-cibuk dengan anak-anak masing-masing.. Kita org je yang masih kat jalan lagi nak balik ke kg..... sebalum kami sampai ke kg ada dua accident kami nampak, yang pertama tu tak berapa teruk sangat... tapi, yang kedua tu rasanya kereta owner tu total lost..... saya pun terus tegur En. Rock (my hubby) " yang... bawak kereta jangan laju-laju ye, kalau dah tak sempat nak sembahyang raya nak buat mcm mana... inshaallah tahun depan panjang umur bleh solat aidilfitri lagi..." En. Rock (my hubby cuma senyap je sambil angguk-angguk kepala)

Alhamdullillahh...... sampai jugak kat rumah mak, sampai-sampai je En.Rock (my hubby) terus capai towel, saya pun apa lagi, terus masuk bilik ambik baju melayu yang tergantung siap dengan samping & songkok sekali (baju melayu dah siap iron dekat dobi). nasib baik la anak bujang (haqeem) dah siap awal-awal, adik perempuan aku yang tolong.... si kecik (qaisara) tak bangun lagi. siap je En.Rock (my hubby) mandi, terus je ke masjid. Sambil berjalan dia berkata "nanti kita ambik pic 1 family ye yang... ayu siap kat qaisara, pakai kan baju kurung yang kita tempah tu." saya pun membalas "ok". selesai 1 perkara....

Moral of the story: jangan pi bershoping mlm raya :)

kat sini ayu ada jugak upload pic-pic masa raya dengan family





dah cantik-cantik, tido pulak.......qaisara-qaisara






abang (haqeem) pegang adik (qaisara) kuat-kuat tau....
















Minta maaf.....

Salam.... semua,
sebelum ayu meng-update lebih banyak lagi pada blog nie, ayu nak mintak maaf dulu pada kawan2 yang dah tag... kebelakangan nie ayu bz terlebih-lebih pulak... ye la mana tak nya, org yang punya baby nie, masa asyik cemburu je...... ok la... tak mau habis kan waktu kat sini, ayu nak terus meng-update blog... sudi2 lah kira nya pada kawan untuk menjengah blog ayu ye.......:)

Love is...
© Haqeem & Qaisara - Template Edited by FARID - Font by RoCk N RoLL MalaySiA